<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4452840589423845101?origin\x3dhttp://littledakwah5.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Assalamualaikum

Enjoy reading!

recent update :



Ciri-ciri Arab Jahiliyah
written on Tuesday, December 29, 2015 @ 6:42 AM ✈

Assalamualaikum semua! Ini adalah first entry kami. Before that! Haaaa thanks to our Ustaz sebab bagi this type of assignment. Its kinda new way. So takda lah bosan mana kan hehe. Okay ladies and gentleman semua kita serious k lepas ni, sebab kami nak cerita pasal Perkembangan Tamadun Islam Pada Zaman Rasulullah.

     First thing! Paling utama nak cerita lah sikit APA ITU TAMADUN? 

  • Tamadun mengikut Kamus Dewan ialah kebudayaan, peradaban, dan kemajuan merangkumi aspek kerohanian dan kejasmanian.
  • Manakala mengikut bahasa inggeris pula 'Civilization'. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin iaitu 'Civitas' yang membawa maksud Kota.
Untuk bahasa Arab pula, ada 4 istilah digunakan iaitu Umran, Madaniyah, Hadharah, Tamadun.
  Sebelum kedatangan islam, masyarakat Arab Jahiliyah terbahagi kepada 2 iaitu;
   
1. Masyarakat Badwi- Masyarakat ini hidup di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah semenanjung Arab.                                       
2. Masyarakat Hadari- Masyarakat ini hidup di pesisiran pantai di Semenanjung Tanah Arab.

Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah dari;


  •      Aspek sosial                       
1. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, berzina, dan minum arak
2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah             sempurna sebagai lelaki.
3. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana beranggapan anak   perempuan      akan menjatuhkan maruah keluarga.
4. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus     atau dengan sesiapa yang disukainya.
5. Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat. Golongan wanita tidak mewarisi harta pusaka.

  •       Aspek Ekonomi
1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba' dan penindasan kerana mementingkan                   keuntungan dan kekayaan semata-mata.
2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada khalifah di padang pasir merupakan punca         mata pencarian masyarakat Arab Jahiliyah.
3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sesebuah               kabilah.
4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.

  •     Aspek Agama dan kepercayaan
 1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama iaitu agama wathani(menyembah berhala), anismisme  (memuja alam semula jadi spt. pokok), agama samawi(kristian dan yahudi  dan kepercayaan seperti  menilik nasib, mempercayai roh orang mati akan menjadi burung.
 2.  Terdapat 360 patung berhala disekeliling Kaabah. Antaranya ialah, Al- Latta. Al- Uzza, Al- Manat  dan Al- Hubal.          

  • Aspek Politik 
  •    Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Dan setiap kabilah mempunyai peraturan dan identiti sendiri.
  • Ahli sesebuah kabilah terdiri daripada keturunan atau suku tertentu dan tinggal dikawasan tertentu dalam kelompok tertentu  
  • Ahli sesebuah kabilah amat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing 
  • Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh. Syeikh tersebut haruslah disukai oleh ahli- ahli   kabilah dan dilantik atas persetujuan orang ramai. Kedua, mestilah berfikiran matang ,gagah, berani dan pandai berpidato
  • Semangat *Assabiah juga wujud akibat keadaan geografi dan keadaan tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang. Untuk menghadapi keadaan hiduo yang sukar  ini ahli-ahli kabilah perlu bersatu.

*Assabiah ialah semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama lain.             

0 comment[s] | back to top