Assalamualaikum
Enjoy reading!
recent update :
|
Fasa Madinah
written on Wednesday, December 30, 2015 @ 7:30 PM ✈
PERIOD
MADINAH
TENTANGAN HEBAT
DARIPADA MUSYRIKIN QURAISH
|
PENGHIJRAHAN
RASULULLAH SAW PENDUDUK ISLAM DARI MEKAH KE MADINAH
|
MENJADI TAPAK
UNTUK RASULULLAH SAW MENJADIKAN TAMADUN ISLAM YANG PERTAMA
|
Ø Tentangan
yang hebat daripada musyrikin Quraish telah membawa penghijrahan Rasulullah
Rasulullah SAW penduduk Islam dari Mekah ke Madinah.
Ø Peristiwa
ini berlaku setelah 13 tahun Rasulullah SAW menyampaikan dakwah di Kota Mekah.
Ø Tahun
berlakunya peristiwa hijrah ini diangkat sebagai permulaan tahun Islam iaitu
Hijrah.
Ø Madinah
telah menjadi tapak untuk Rasulullah SAW membina peribadi,masyarakat,Negara dan
tamadun Islam yang pertama
PENDEKATAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
Setibanya di
Madinah,Rasulullah SAW telah mengambil beberapa pendekatan dalam proses
penyusunan masyarakat dan Negara di Madinah.Antaranya ialah :
Ø Masyarakat
Madinah ketika pengjirahan agak primitive dengan sebahagian mereka hidup dalam
kelompok kelompok dan kabilah – kabilah.
Ø Masing
masing berdiri sendiri dan terpisah di
antara satu dengan yang lain.
Ø Penghijrahan
Rasullah SAW telah berjaya mengubah keadaan hidup mereka secara keseluruhannya.
Ø Rasulullah
SAW telah membentuk undang undang , menyusun kehidupan,mengasuh jiwa dan raga
serta mengatur tingkah laku dan cara peragulan mereka.
Ø Terdapat
tiga golongan yang terpenting semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah
iaitu :
- Golongan
Muhajirin – orang islam yang berpindah dari Mekah ke Madinah
|
- Golongan Ansar- penduduk Madinah asli yang telah memeluk agama Islam
- Golongan Yahudi- iaitu sisa-sisa Bani Israil dan orang-orang Arab yang memeluk Agama Yahudi
Pembinaan Institusi Masjid Pada Zaman Rasulullah
Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah alah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong diatas sebidang tanah kepunyaan dua orang anak yatim. Keadaan masjid sangat sederhana. Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatannya juga merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan penciptanya. Masjid bukan sahaja pusat ibadah khusus seperti solat tetapi mempunyai peranan yang lebih luas. Terdapat banyak peranan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W antaranya ialah;
- Tempat beribadah, terutama solat berjemaah
- Tempat pembentukan peribadi umat islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan islam
- Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian maslah umat islam
- Lambang persaudaraan dan perpaduan umat islam kerana setiap hari lima kali umat islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan
- Tempat letaknya Baitumal negara
Persaudaraan dikalangan Kaum Muslimin
Setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan diterima penduduk Madinah, Nabi SAW menjadi pemimpin penduduk kota itu. Ia segera meletakkan dasar-dasar kehidupan yang kukuh bagi pembentukan suatu masyarakat baru.
Dasar pertama yang ditegakkan adalah Ukhuwah Islamiyah( persaudaraan antara islam), iaitu kaum Muhajirin (orang-orang yang berhijrah dari Mekah ke Madinah) dan Ansar (penduduk Madinah yang masuk Islam dan ikut membantu kaum Muhajirin). Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan individu-individu dari goongan Muhajirin dengan individu-individu dari golongan Ansar.Misalnya, Nabi SAW mempersaudarakan ABu Bakar dengan Kharijah bin Zaid, Ja'far bin Abi Thalib dengan Mu'az bin Jabal. DEngan demikian diharapkan masing-masing akan terikat dengan suatu persaudaraan dan kekeluargaan. Dengan persaudaraan yang semacam ini pula, Rasulullah telah mencipta satu persaudaraan baru, iaiu persaudaraan berdasarkan agama, menggantikan persaudaraan berdasarkan keturunan,
Dasar kedua adalah tempat terpenting untuk mewujudkan rasa persaudaraan, iaitu pertemuan. Tempat yang dimaksudkan ialah masjid, tempat melakukan ibadah kepada Allah SWT secara berjemaah, yang juga dapat digunakan sebagai pusat kegiatan untuk berbagai hal, seperti belajar-mengaja, mengadili perkara-perkara yang muncul dalam masyarakat, musyawarah.
Dasar ketiga adalah hubungan persahabatan dengan pihak-pihak lain yang tidak beragama islam. Di Madinah, disamping orang-orang arab islam juga masih terdapat golongan masyarakat Yahudi dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab yang masih meganut agama nenek moyang mereka. Untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan damai, Nabi Muhammad SAW mengadakan ikatan perjanjian dengan mereka. Perjanjian tersebut diwujudkan melalui sebuah piagam yang disebut Misaq Madinah atau Piagam Madinah. Isi piagam itu antaranya ialah kebebasan beragama, ak dan kewajiban masyarakat dalam menjaga keamanan dan ketertiban negerinya, kehidupan sosial, persamaan darjat, dan disebutkan bahawa Rasulullah SAW menjadi ketua pemerintahan di Madinah.
Perjanjian diantara Islam dan Bukan Islam
Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan struktur masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah, politik dan sistem dikalangan umat islam, Baginda mengalih pandangan untuk menyusun hubunganya dengan golongan orang bukan islam, tujuan Baginda ialah mewujudkan keamanan, kesejaheraan, kemuliaan dan kebaikan kepada manusia sejagat. Oleh itu, Rasulullah memeterai perjanjian dengan orang bukan islam iaitu Piagam Madinah. Terdapat 24 fasal membicarakan tentang hubungan orang Islam dan bukan Islam.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukandosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

about us
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)”
Assalammualaikum hamba Allah semuanya! Syukur ke hadrat Ilahi kami berpeluang untuk belajar sambil berdakwah kepada umat islam. Kami dari group BM 111 2D, Kampus Alor Gajah. Basicly isi dalam blog ini akan diisi dengan Perkembangan Tamadun Islam Pada Zaman Rasullah. Enjoy reading!
Penulis: Puteri Syaza Syahirah Bt Zairi, Zulfa Hanum Bt Mohd Zul, Nina Ashikin Bt Safian, Faiznur Atiqah Bt Mohamed Esa, Haifa Arisha Bt Supardi. :)
|
Reference
Click to get more knowledge! We provide our reference
|
|
Pictures!
“Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”
“Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai suatu kaum, Allah akan mengujinya.”
“Here some info!”
“Here some info!”
“Here some info!”
“Kota Madinah Kota bercahaya”
“Here some info!”
|
|