Assalamualaikum
Enjoy reading!
recent update :
|
Fasa Mekah
written on Friday, January 8, 2016 @ 9:06 PM ✈
Period
Mekah
Mekah adalah tempat lahirnya islam
dan tempat bermulanya dakwah Rasulluah SAW kepada umat manusia. Rasulullah SAW
memperbaiki keadaan masyarakat Arab Mekah dengan menumpukan kepada pembinaan
peribadi dan keluarga. Keadaan ini menyebabkan zaman tersebut dianggap sebagai
zaman penyediaan sumber manusia yang sangat berkualiti. Walaubagaimanapun
bilangan umat islam yang sedikit dan mereka sering pula ditindas tidak
mengizinkan Rasulullah SAW untuk membina sebuah masyarakat islam di Mekah.
Pembinaan masyarakat dan tamadun islam hanya bermula setelah berlakunya
peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Peristiwa ini sekaligus telah
menjadikan Madinah sebagai kota tamadun islam yang pertama.
Pendekatan
Rasulullah SAW di Mekah
1. Dakwah
secara berperingkat/ Sembunyi/Terbuka
Pada masa dakwah secara berperingkat ini adalah dakwah secara sembunyi,
Rasulullah SAW menyeru untuk masuk Islam, orang-orang yang berada di lingkungan
rumah tangganya sendiri dan kerabat serta sahabat dekatnya.
Usaha
beliau tidak sia-sia. Pada hari-hari pertama beliau berdakwah telah terkumpul
sejumlah orang yang menerima dakwah dengan penuh keyakinan dan penghormatan
terhadap Rasulullah saw. Merekalah dalam secara yang terkenal sebagai
as-Saabiquunal Awwalun (Generasi Pertama yang Menerima Islam). Mengenai
orang-orang yang telah memenuhi seruan dakwah Rasulullah SAW tersebut adalah:
Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah SAW, wafat tahun ke-10 dari
kenabian), Ali bin Abu Thalib (saudara sepupu Rasulullah SAW yang tinggal serumah
dengannya), Zaid bin Harithah (anak angkat Rasulullah SAW), Abu Bakar As-Siddiq
(sahabat dekat Rasulullah SAW) dan Ummu Aiman (pengasuh Rasulullah SAW pada
waktu kecil).
Abu
Bakar As-Siddiq juga berdakwah ajaran Islam sehingga ternyata beberapa orang
kawan dekatnya menyatakan diri masuk Islam, mereka adalah:
·
Abdul Amar dari Bani Zuhrah
·
Abu Ubaidah bin Jarrah dari Bani Haris
·
Uthman bin Affan
·
Zubair bin Awam
·
Sa’ad bin Abu Waqqas
·
Thalhah bin Ubaidillah.
Orang-orang
yang masuk Islam, pada masa dakwah secara sembunyi-sembunyi, yang namanya sudah
disebutkan di atas disebut sebagai Assabiqun al-Awwalun (orang yang terdahulu
dan terulung).
Hikmah dakwah secara rahsia |
Agama Islam dapat diterima tanpa gangguan
Penentangan secara terbuka dari Kaum Quraisy dapat dihindari
Kedudukan umat Islam bertambah mantap
Tidak menjadi kejutan kepada masyarakat Arab Jahiliyyah yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi
|
Dakwah secara terang-terangan. Selama
lebih kurang tiga tahun Nabi Muhammad SAW. berdakwah secara rahasia atau
sembunyi-sembunyi, lalu Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Artinya : “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”. (QS. Al-Hijr : 94). Ayat ini menandai dimulainya dakwah
Nabi Muhammad Saw. secara terang-terangan (secara umum) menyeru ke segenap
lapisan manusia kepada agama Islam secara terang-terangan, baik dari golongan
bangsawan mahupun lapisan hamba, begitu juga kaum kerabat beliau sendiri
atau orang-orang yang jauh.
Hikmah dakwah secara terang-terangan |
Umat Islam berani menengakkan kebenaran
Penganut Islam mantap pegangan 'aqidahnya
Umat Islam bebas menyebarkan dakwahnya dalam masyarakat
Agama Islam tersebar luas
|
2. Pembinaan
Aqidah
Aqidah adalah perkara utama yang diberi
penekanan oleh Rasulluah SAW sebagai dasar pembinaan masyasrakat islam.
Rasulullah SAW telah menyeru musyrikin Mekah untuk beriman dengan Allah SWT dan
RasulNya serta meninggalkan penyembahan berhala. Rasulullah juga telah
menekankan aspek pendidikan yang menyentuh tentang keimanan kepada Allah SWT ,
malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada’dan qadar.
3. Menyediakan
Modal Insan Untuk Penyebaran Dakwah Islamiah
Pembinaan modal insan ini bermula di rumah
al-Arqam bin Abi al-Arqam di mana Rasulullah SAW mengajar cara beribadat serta
cara menyampaikan dakwah islamiah di seluruh kota Mekah. Sahabat Rasulullah SAW
yang banyak membantu dalam penyebaran dakwah Islamiah di Mekah ialah Abu Bakar
As-Siddiq.
Mereka yang
berjaya diseru oleh Abu Bakar ialah:
·
Uthman Bin Affan
·
Az-Zubair Bin Al-Awwam
·
Abdul Rahman Bin Auf
·
Saad Bin Abu Waqas
·
Thalhah Bin Ubaidillah
·
Suhaib ar-Rumi
·
Ammar Bin Yasir dan Abdullah bin Mas'ud
PEMBINAAN
AKHLAK
Rasulullah S.A.W sangat memberi
penekanan dalam aspek pembinaan akhlak . Gejala keruntuhan akhlak di zaman
Jahiliyah amat ketara sekali ketika Rasulullah S.A.W mula menyebarkan syiar Islam.
- Minuman keras
menjadi kebanggaan terutamanya di kalangan penyair-penyair. Pelbagai puisi
dicipta untuk memuji minuman keras yang kononnya enak bagi mereka.
- Perjudian
dan amalan zina berlaku dengan berleluasanya.
- Kaum wanita sebahagiannya dipaksa
memperjudikan maruah diri dengan melacur yang kononnya dilakukan demi menjaga maruah
suami yang kalah berjudi. Amalan riba pula dianggap sebagai salah satu cara
dalam berdagang .
Penyebaran agama Islam oleh Rasulullah kembali membendung
semua gejala yang memudaratkan dan melemahkan masyarakat Jahiliyah ketika itu.
Kongkongan tradisi Jahiliyah telah Berjaya dikikis semata-mata kerana asas
aqidah dan keimanan yang semakin mendalam di jiwa umat ketika itu. Dibawah
didikan dan asuhan Rasulullah S.A.W, umat islam telah dididik untuk
membersihkan jiwa, diri dan hidup dengan beradap, zuhud, tawadduk, warak, suci,
amanah, tidak mementingkan diri dan takut akan azab Allah S.A.W. Sifat ini
jelas dapat dilihat pada Saidatina Aisyah, Fatimah, Khadijah, Saidina Ali, Abu
Bakar dan lain-lain.
MENGHADAPI
TENTANGAN TERHADAP ISLAM
Dalam sejarah mana-mana pun ,
biasanya mereka yang pertama sekali menolak sesuatu gerakan pembaharuan ialah
golongan bangsawan . Bukannya tidak ada kalangan atasan yang menerimanya,seperti
Abu Bakar Al-Siddiq, Usman Affan dan lain-lainnya, tetapi jumlahnya terlalu
kecil berbanding dengan golongan kebanyakan yang telah menyambut baik seruan Muhammad itu
Sebab-sebab penolakan orang Arab
terhadap Islam:
- Ketakutan mereka tentang adanya Hari
Kebangkitan (Hari Kiamat) yang kelak akan menghintung amalan mereka didunia.
- Dari segi aqidah pula, mereka sedar kesan
bahawa pengakuan bertuhan itu bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan
memerintah yang tertinggi. Dan, mereka
juga sedar bahawa mengesakan Allah itu adalah bererti Allah mengambil semua
kekayaan yang mereka bolot.
- Dari segi politik, kaun Quraisy berpendapat
dengan kemunculan Nabi Muhammad dari keluarga Abdul Mutalib akan mencabar
kedudukan suku-suku lain yang telah lama berebut pengaruh
- Dari segi sosial, islam ditentang kerana ianya
bercanggah dengan sistem sosial mereka yang mengamalkan konsep kelas dengan hak
kewajipan yang berbeza. Dalam Islam, tinggi rendahnya darjat insan diukur
berdasarkan takwanya kepada Allah atau amal solehnya
- Dari aspek ekonomi, Salah satu sumber ekonomi
orang-orang Arab ialah memahat patung-patung berhala dan menjaga Kaabah dimana
patung-patung itu diletakkan. Malangnya Islam mengajar konsep tauhid yang murni
dengan membanteras sebarang bentuk penyekutuan terhadap-Nya. Ia mengancam
ekonomi mereka.
- Dari
segi agama pula ialah perasaan cintakan tradisi nenek moyang. Ajaran Islam
boleh menghapuskan penyembahan berhala yang merupakan amalan tradisi nenek
moyang mereka.
MENDAPATKAN PERLINDUNGAN UNTUK UMAT ISLAM
Program Hijrah Ke Habsyah
Penghijrahan umat Islam dari Mekah
ke Habsyah yang kini dikenali sebagai Etophia. Hijrah ini berlaku pada bulan
Rejab, tahun kelima sejak Nabi Muhammad S.A.W
diangkat menjadi Rasul. Sebab utama yang menyebab kaum muslimin berhijrah
ke Habsyah ialah tekanan dan tindasan luar biasa dari musyrikin Quraisy. Selain
itu, Nabi Muhammad S.A.W juga khuatir kaum musyrikin Quraisy akan menggunakan
kekuatan fizikal untuk memaksa mereka yang telah masuk islam agar meninggalkan
agama yang baru mereka peluk. Baginda mengembangkan dakwah Islam ke Habsyah.
Dua orang utusan para pembesar musyirikin Makkah telah merasuah para menteri di
Habsyah agar mereka dapat memujuk Raja Najasyi Ashama mengembalikan umat islam
ke Mekah. Para menteri menyatakan persetujuan dalam perjanjian tersebut tetapi Raja Najasyi Ashama tidak mudah terpedaya dengan hadiah dan permintaan dua
orang utusan itu. Mujurlah Raja Habsyah bersikap bijaksana tidak hanya menerima
keterangan dari sebelah pihak sahaja. Akhirnya permohonan kaum muslimin untuk
tinggal di Habsyah di perkenan oleh raja Najasyi Ashama.
Program Hijrah Ke Madinah
Sebab-sebab berlaku hijrah ialah ia
perintah dari Allah S.A.W untuk berhijrah, dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh
musyirikin Makkah, ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak dan
menjadi-jadi, penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah
dan orang-orang Islam dan ia merupakan strategi dakwah Rasulullah. Sehari
sebelum hijrah, muyrikin Makkah telah berbincang untuk menghalang Nabi Muhammad
S.A.W daripada berhijrah. Mereka bersetuju untuk membunuh nabi semasa baginda
sedang tidur. Pada malam hijrah, pemuda musyirikin Quraisy mengepung rumah Nabi
untuk membunuh baginda. Allah menurunkan wahyu memberitahu Nabi tentang
rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda berhijrah ke
Madinah. Saidina Ali diperintahkan oleh Nabi agar tidur diatas katil baginda.
Nabi berjaya keluar dari rumahnya dengan izin Allah S.A.W. Nabi menuju ke rumah
Abu Bakar dan mengajaknya untuk berhijrah bersamanya. Nabi bersama Abu Bakar
keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur. setelah 3 hari dua malam di Gua Thur,
baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dipandu oleh Abdullah Bin
Arqit. Baginda berhenti di Quba’ selama empat hari dan membina masjid pertama
dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba’. Pada 2 Rabiulawal tahun ke-13
kerasulan(2 Julai 622 Masihi), Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah sampai
di Madinah. Mereka disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah.

about us
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)”
Assalammualaikum hamba Allah semuanya! Syukur ke hadrat Ilahi kami berpeluang untuk belajar sambil berdakwah kepada umat islam. Kami dari group BM 111 2D, Kampus Alor Gajah. Basicly isi dalam blog ini akan diisi dengan Perkembangan Tamadun Islam Pada Zaman Rasullah. Enjoy reading!
Penulis: Puteri Syaza Syahirah Bt Zairi, Zulfa Hanum Bt Mohd Zul, Nina Ashikin Bt Safian, Faiznur Atiqah Bt Mohamed Esa, Haifa Arisha Bt Supardi. :)
|
Reference
Click to get more knowledge! We provide our reference
|
|
Pictures!
“Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”
“Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai suatu kaum, Allah akan mengujinya.”
“Here some info!”
“Here some info!”
“Here some info!”
“Kota Madinah Kota bercahaya”
“Here some info!”
|
|